Tuesday 18 November 2014

SENARAI BAYARAN PAMPASAN DITERIMA KAKITANGAN KHALID IBRAHIM

1. Berikut maklumat yang kami terima berhubung bayaran pampasan terhadap 8 orang kakitangan bekas MB Selangor yang berhenti secara sukarela.

2. Sejumlah melebihi RM 2 juta wang Selangor telah dikeluarkan untuk bayaran pampasan yang tidak masuk akal.

3. Mereka semua menerima 30 % dari gaji bulanan yang dikali dengan bulan perkhidmatan.


3.1) RAHIMAH BINTI KAMARUDDIN 
PEGAWAI KOORDINASI MB SELANGOR

GAJI BULANAN RM 11, 000 X  67 BULAN . TERIMA PAMPASAN - RM 221,100


3.2) FAEKAH BINTI HUSIN 
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MBI

GAJI BULANAN RM 39,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 585,000. 


3.3) ARFA'EZA BINTI ABD AZIZ
SETIAUSAHA AKHBAR MB

GAJI BULANAN RM 18,000 X 77 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 415,800


3.4) ROHANI BINTI DATUK TALIB
KETUA PEGAWAI OPERASI MBI

GAJI BULANAN RM 24,000 X 65 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 475,200


3.5) MUSTAFA TALIB
SETIAUSAHA POLITIK MB

GAJI BULANAN RM 10,000 X 78 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 234,000


3.6) DR SULAIMAN MASRI
PEGAWAI KHAS KOMUNIKASI

GAJI BULANAN RM 8000 X 65 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 156,000


3.7) ABDUL HALIM MOHD YUSOF
PENGURUS PENYELIDIKAN EKONOMI

GAJI BULANAN RM 10,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 150,000


3.8) TUAN NAZURI ISMAIL
PEGAWAI AKHBAR

GAJI BULANAN RM 6000 X 55 BULAN.TERIMA PAMPASAN RM 97,200.


4. Mengikut penghantar emel kepada kami,mereka tidak layak menerima bayaran pampasan tersebut.Mereka kakitangan kontrak. Mereka yang memilih untuk berhenti kerja.Bukan diberhentikan. Sekiranya mereka layak sekali pun bayaran 30 % daripada gaji bulanan terlalu tinggi.

5. Penyelewengan telah berlaku.Mohon SPRM siasat perkara ini.

Thursday 13 November 2014

Bantu kami untuk kami membantu bangsa dan negara

1. Rasuah adalah musuh negara nombor satu yang perlu dibanteras habis-habisan. Rasuah boleh menghancurkan bangsa dan negara.

2. Kerana rasuah anak-anak bangsa bergelumang dengan dadah, pelacuran hinggalah kepada kegiatan jenayah yang lain.

3. Rasuah boleh membuatkan rakyat tidak menghormati dan tidak takut kepada undang-undang.Bagi mereka semuanya boleh dibeli dengan wang.

4. Rasuah boleh membuatkan negara bangkrap dan hancur kerana wang mengalir ke tempat yang tidak sepatutnya.

4. Ramai rakyat Malaysia yang masih takut untuk melaporkan kegiatan rasuah di sekeliling mereka kepada SPRM kerana bimbang identiti mereka terbongkar.

5. Kami mewujudkan blog ini khusus untuk membantu anda melaporkan kegiatan rasuah yang anda ketahui dan membantu SPRM menangani isu rasuah.

6. Kami tidak terikat dengan mana-mana pihak atau condong kepada parti-parti politik tertentu. Kami bebas dan akan bongkar segala maklumat yang disalurkan kepada kami.

7. Dalam masa terdekat ini kami akan membongkarkan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di beberapa agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

8. Jika anda takut untuk laporkan kepada SPRM sila salurkan maklumat anda kepada kami melalui emel rasuahsanasini@gmail.com untuk kami bongkarkan. Daripada rasuah sebungkus kopi o hinggalah kepada rasuah berjuta-juta.Semuanya akan kami bongkarkan. Segala maklumat peribadi anda termasuklah alamat emel anda akan kami rahsiakan.