Thursday 13 November 2014

Bantu kami untuk kami membantu bangsa dan negara

1. Rasuah adalah musuh negara nombor satu yang perlu dibanteras habis-habisan. Rasuah boleh menghancurkan bangsa dan negara.

2. Kerana rasuah anak-anak bangsa bergelumang dengan dadah, pelacuran hinggalah kepada kegiatan jenayah yang lain.

3. Rasuah boleh membuatkan rakyat tidak menghormati dan tidak takut kepada undang-undang.Bagi mereka semuanya boleh dibeli dengan wang.

4. Rasuah boleh membuatkan negara bangkrap dan hancur kerana wang mengalir ke tempat yang tidak sepatutnya.

4. Ramai rakyat Malaysia yang masih takut untuk melaporkan kegiatan rasuah di sekeliling mereka kepada SPRM kerana bimbang identiti mereka terbongkar.

5. Kami mewujudkan blog ini khusus untuk membantu anda melaporkan kegiatan rasuah yang anda ketahui dan membantu SPRM menangani isu rasuah.

6. Kami tidak terikat dengan mana-mana pihak atau condong kepada parti-parti politik tertentu. Kami bebas dan akan bongkar segala maklumat yang disalurkan kepada kami.

7. Dalam masa terdekat ini kami akan membongkarkan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di beberapa agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

8. Jika anda takut untuk laporkan kepada SPRM sila salurkan maklumat anda kepada kami melalui emel rasuahsanasini@gmail.com untuk kami bongkarkan. Daripada rasuah sebungkus kopi o hinggalah kepada rasuah berjuta-juta.Semuanya akan kami bongkarkan. Segala maklumat peribadi anda termasuklah alamat emel anda akan kami rahsiakan.

4 comments:

  1. Awak mintak link tapi bahan tak tulis, tak link dgn blog yg dijemput ... Orang baru hormatlah orang lama.

    ReplyDelete
  2. berapa lama la blog camni nak bertahan. Hangat-hangat taik ayam je

    ReplyDelete
  3. Assalam.blog ni blog baru dengan niat hendak membetulkan @ memperbaiki segala yang tak betul dinegara tercinta kita ni.kesilapan link @ segala kesilapan kecil harap janganla diperbesarkan.sekiranya kita tidak dapat membantu dan menyokong, cukup untuk kita berdiam.tolong jangan diperkecil-kecilkan.

    Untuk tuan punya blog,semoga niat suci dan mulia anda dipermudahkan olehNya.

    ReplyDelete
  4. Angka Ramalan, Jitu Dan Akurat SGP/HKG 2d 3d 4d yang bisa anda menangkan silahkan anda hub <eyang woro manggolo di 082-391-772-208 Atau angka yang di berikan eyang benar2 jebol langsung 6D tak saya sangka saya menang 250 jt sudah 3 kali putaran berturut-turut saya menang sudah banyak yang lain tapi tidak ada bukti hanya eyang lha yang bisa membuktikan angka nya eyang saya sangat berterimah kasih eyang.

    ReplyDelete